Jumaat, 21 Ogos 2009

Assalamualaikum,

Nama saya Nur Qistina Bt Mohd Azhar. Umur saya 10 tahun. Saya bersekolah di SK Hamzah 2 hingga sekarang . Alamat rumah saya ialah PTA54, Bangunan PKINK Jalan Pasir Puteh,18500 Machang, Kelantan.

Cita-cita saya ingin menjadi doktor. Saya ingin menjadi doktor kerana hendak merawat pesakit. Hobi saya ialah membaca majalah. Makanan kesukaan saya ialah Nasi Ayam Hainan. Minuman kesukaan saya ialah milo ais.

Kawan karib saya ialah Nuril Ain Bt Zainuzzaman. Dia selalu menolong saya ketika kesusahan. Jumlah adik beradik saya ialah 3 orang. Saya anak yang pertama. Yang kedua ialah Nur Farahana Bt Mohd Azhar. Dia berusia 9 tahun. Yang ketiga ialah Mohd Izzat B. Mohd Azhar. Dia berusia 8 tahun.

Nama bapa saya ialah Mohd Azhar B. Jusoh. Beliau berusia 44 tahun. Beliau bekerja sebagai peniaga di Harney Computer Center. Nama ibu saya pula ialah Mahani Bt Latiff. Beliau berusia 39 tahun. Beliau bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah Tanah Merah, Kelantan.

Sekian,
Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuci mata